Plan your estate

Plan your estate
I love my family

Tuesday, 10 June 2014

CARA-CARA NAK BUAT WASIAT DAN LAIN-LAIN DOKUMEN PERANCANGAN HARTA

sekiranya anda memerlukan untuk membuat dokumen perancangan harta, anda boleh menghubungi kami bila2 masa melalui salah satu perancang harta islam kami di talian 0133544946 (attn: En Arsani Bin Kassim)

Prosesnya seperti berikut:

1. Temujanji

Temujanji boleh dibuat di mana-mana lokasi yang sesuai dengan anda..umpamanya dipejabat, di restoran yang mempunyai suasana yang sesuai atau di premis anda.

2. Sewaktu temujanji kami memerlukan antaranya adalah 

2.1. maklumat anda dan waris anda seperti berikut:

 Ibu/bapa yang masih ada

 Anak-anak: 

  •    Lelaki/perempuan
  •    Umur
  •    Anak istimewa
  •    Anak angkat
  •    Anak tiri.

2.2. Maklumat Wasi

  • Anda perlu melantik wasi untuk mentadbir harta pusaka anda. Anda digalakan untuk melantik organisasi seperti as-asalihin sebagai wasi kerana organisasi pemeganng amanah tidak akan sakit atau meninggal dunia. Sekiranya anda melantik individu sebagai wasi, kemungkinan beliau sakit atau meninggal semasa proses pengurusan harta pusaka berjalan itu memang tak boleh dielakan.

2.3. Pemegang Amanah
  • Anda juga perlu mengenal pasti pemegang amanah untuk anak-anak dan tangungan anda yang dibawah umur 18 tahun, untuk dilantik sebagai pemegang amanah bagi pihak mereka sehingga mereka dewasa mengikut undang-undang. Begitu juga untuk anak-anak istimewa jika ada.
2.4. Senarai Benifisiari
  • Anda di sarankan untuk menyenaraikan senarai benifisiari untuk wasiat anda selain dari waris anda seperti anak angkat, badan-badan kebajikan, pusat tahfiz, masjid, sekolah agama dan lain-lain yang mana anda boleh mewasiatkan harta anda tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta setalah ditolak pembayaran hutang dunia dan akhirat serta lain-lain bayaran pentadbiran pusaka anda.
2.5. Maklumat Harta, Simpanan dan Hutang

Anda digalakan untuk menyatakan maklumat berikut semasa temujanji atau diemailkan kepada Perunding Harta.

1. Harta dan Simpanan

Senarai properti (contoh: rumah dua tingkat, lot pertanian) dengan butir lot dan lokasi seperti yang terdapat dalam geran.
Senarai pelaburan (contoh: ASB, KL Mutual)
Senarai simpanan di bank-bank, Tabung Haji dan KWSP (tidak perlu nombor akaun)

2. Senarai dan maklumat Waris dan benefisiari:


Ibu-bapa (IC, alamat dan nombor telefon)
- Anak-anak (IC, alamat dan nombor telefon
- Isteri/suami (IC, alamat dan nombor telefon)
- Lain-lain benefisiari (anak angkat, adik beradik dll)

3. Cadangan pembahagian anda ( bergantung kepada persetujuan waris setelah anda tiada)

Setiap harta di atas hendaklah dinyatakan kadar pembahagiannya. Contoh:
- KWSP:          Isteri: 50%         Anak Pertama: 25%         Anak Ke-2: 25%

- Rumah Teres: Anak angkat 100%,

- Saham ASB: Samarata kepada anak-anak

-TAKAFUL: kepada Pusat Tahfiz al-Quran dan  Rumah anak yatim mengikut kadar yang ditetapkan syarak


surat wasiat
Surat Wasiat
3. DOKUMEN WASIAT

setelah mendapat maklumat pewasiat, as-Salihin Trustee Bhd akan menyediakan deraf wasiat.

Deraf wasiat akan diemailkan kepada Pewasiat untuk semakan dan kelulusan.

Setelah dipersetujui dokumen wasiat akan dicetak untuk ditandatangani oleh pewasiat dan dua orang saksi lelaki muslim yang bukan dalam senarai benifisiari.

Pewasiat akan menandatangi wasiat di pejabat as-Salihin atau di rumah pewasiat.




- Dokumen asal wasiat akan disimpan di as-Salihin Trustee Bhd

- Salinan wasiat akan diserahkan kepada Pewasiat

- Pewasiat menjelaskan kos membuat wasiat

- Pewasiat akan dibekalkan dengan dua Kad Wasiat. Kad ini wajar diserahkan kepada dua waris terdekat dengan pesanan yang anda ada membuat wasiat dan hubungi as-Salihin bagi urusan pembahagian harta pusaKA

Sila hubungi saya bagi membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.
ARSANI BIN KASSIM
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
0133544946

MENGAPA KITA PERLU DOKUMEN PERANCANGAN HARTA


Kematian itu pasti, cuma kita tak tahu bila...ada yang meninggal sewaktu tidur, ada yang meninggal djalan raya, ada yg meninggal d tanah suci dan lebih tragik lagi seperti baru-baru ini suami isteri meninggal dalam perjalanan ketempat kerja meninggalkan anak2 yang masih belum berdikari..

Berikut adalah sembilan isu-isu yang menyebabkan anda perlukan dokumen perancangan harta:

  • Anda mempunyai anak angkat dan anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka
  • Anda mempunyai anak perempuan sahaja, dan adik beradik anda akan mewarisi sebahagian harta pusaka anda
  • Anda tidak ada anak dan siapa yang berhak mewarisi harta anda
  • Anda kurang puas hati apabila balu anda mendapat 1/8 daripada harta pusaka di bawah Hukum Faraid, sedangkan baki 7/8 mungkin dibahagi kepada semua anak anda
  • Anda mempunyai anak di bawah 18 tahun, dan risau siapa yang akan menjaga harta pusaka itu sekiranya anda pergi dahulu
  • Anda mempunyai anak istimewa dan risau siapa yang mengambil berat ke atasnya seperti menyara hidup, memberi pelajaran dan perubatannya sekiranya anda pergi dahulu
  • Anda inginkan kedamaian selepas kematian, dan ingin tahu bagaimana harta anda dapat disedekahkan kepada fakir miskin, anak yatim, pusat tahfid al-Quran, masjid dan badan-badan lain
  • Anda tahu terdapat prosedure/tatacara menguruskan pembahagian harta pusaka dan waris munkin mengalami masaalah masa dan kos untuk menguruskan harta pusaka terutamanya bila harta anda melebihi had pusaka kecil..
  • Anda tahu sebanyak RM50 bilion harta orang Islam terbeku kerana waris-waris gagal mengambil tindakan segera harta pusaka si mati. Ia mungkin berlaku kepada famili anda di mana anak-anak tidak berpengalaman dan mempunyai masa menguruskan harta pusaka anda. 
Bertindak sebelum terlambat..kasihanilah pasangan, anak2 dan tanggungan anda..

Hubungi kami:
Arsani bin Kassim
Perancang Harta Islam 
as-Salihin Trustee Bhd
0133544946

Monday, 9 June 2014

WASIAT

Wasiat

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala"
Kepentingan Wasiat Mengikut Undang-Undang di Malaysia:
Jangan ragu-ragu. Hubungi kami dan kami akan membantu anda untuk menulis Wasiat anda mengikut hasrat anda dan syariah Islam.
ARSANI BIN KASSIM 
Perancang Harta Islam as-Salihin Trustee Bhd 
0133544946

AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD SEPINTAS LALU

as-Salihin Trustee Berhad diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, as-Salihin adalah sebuah Syarikat Amanah yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang-orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak melalui perancangan harta Pusaka Islam.

As-salihin Trustee Berhad menyediakan pelbagai produk pengurusan harta islam yang komprehensive dari penulisan wasiat hinggalah kepada perkhidmatan wasi dan pentadbiran harta pusaka, semuanya dibawah satu bumbung.

Diantara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

Penulisan Wasiat
Wasi dan Pentadbiran harata pusaka
Deklarasi Harta Sepencarian
Pemegang Ammanah
Pri Hibah
Pri Niaga
Wakaf
Penjagaan Harata Kanak-Kanak
Pentadbiran Harta Pusaka Tak Berwasiat

Peroduk dan Perkhidmatan ini boleh diperolehi melalui perancang harta islam, as-salihin Trustee Berhad.

Untuk mendapatkan perkhidmatan sila hubungi

arsani bin kassim
perancang harta islam
as-salihin trustee berhad
0133544946
email:arsani.kassim@gmail.com

Ibu pejabat as-Salihin Trustee Bhd:


 101-301, Blok A,
 Glomac Business Centre,
 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya
 47301 Kuala Lumpur
 Telefon: 03-7880 9595
 Faks: 03-7880 8190
 Laman web: www.as-salihin.com

Sunday, 8 June 2014

ISLAMIC ESTATE PLANNING

KONSEP PERANCANG HARTA ATAU ESTATE PLANNING

"Perancangan harta Islam" bermaksud pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya.

KENAPA PERLU PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM?

  1. Mengelakkan masalah pada Harta Pusaka anda.
  2. Untuk memastikan harta anda di bahagikan kepada orang yang tersayang.
  3. Mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga.
  4. Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda.

Kebaikan Perancangan Harta Pusaka Islam yang sangat jelas adalah anda boleh membahagikan aset-aset kepada Benefisiari tanpa terhad jumlahnya dan ia tidak melanggar prinsip-prinsip Syari’ah.
Pembahagian harta anda boleh di spesifikasikan untuk kepentingan orang tersayang apabila meninggal dunia kelak serta untuk mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.

JENIS PERANCANGAN HARTA YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

  1. Wasiat
  2. Amanah
  3. Hibah
  4. Wakaf
  5. Sedekah
  6. Harta Sepencarian

For consultation/Untuk urusan lanjut sila hubungi 0133544946 email:arsani.kassim@gmail.com
arsani bin kassim
Islamic Estate Planner
as-salihin Trustee Bhd.