Plan your estate

Plan your estate
I love my family

Tuesday, 10 June 2014

MENGAPA KITA PERLU DOKUMEN PERANCANGAN HARTA


Kematian itu pasti, cuma kita tak tahu bila...ada yang meninggal sewaktu tidur, ada yang meninggal djalan raya, ada yg meninggal d tanah suci dan lebih tragik lagi seperti baru-baru ini suami isteri meninggal dalam perjalanan ketempat kerja meninggalkan anak2 yang masih belum berdikari..

Berikut adalah sembilan isu-isu yang menyebabkan anda perlukan dokumen perancangan harta:

  • Anda mempunyai anak angkat dan anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka
  • Anda mempunyai anak perempuan sahaja, dan adik beradik anda akan mewarisi sebahagian harta pusaka anda
  • Anda tidak ada anak dan siapa yang berhak mewarisi harta anda
  • Anda kurang puas hati apabila balu anda mendapat 1/8 daripada harta pusaka di bawah Hukum Faraid, sedangkan baki 7/8 mungkin dibahagi kepada semua anak anda
  • Anda mempunyai anak di bawah 18 tahun, dan risau siapa yang akan menjaga harta pusaka itu sekiranya anda pergi dahulu
  • Anda mempunyai anak istimewa dan risau siapa yang mengambil berat ke atasnya seperti menyara hidup, memberi pelajaran dan perubatannya sekiranya anda pergi dahulu
  • Anda inginkan kedamaian selepas kematian, dan ingin tahu bagaimana harta anda dapat disedekahkan kepada fakir miskin, anak yatim, pusat tahfid al-Quran, masjid dan badan-badan lain
  • Anda tahu terdapat prosedure/tatacara menguruskan pembahagian harta pusaka dan waris munkin mengalami masaalah masa dan kos untuk menguruskan harta pusaka terutamanya bila harta anda melebihi had pusaka kecil..
  • Anda tahu sebanyak RM50 bilion harta orang Islam terbeku kerana waris-waris gagal mengambil tindakan segera harta pusaka si mati. Ia mungkin berlaku kepada famili anda di mana anak-anak tidak berpengalaman dan mempunyai masa menguruskan harta pusaka anda. 
Bertindak sebelum terlambat..kasihanilah pasangan, anak2 dan tanggungan anda..

Hubungi kami:
Arsani bin Kassim
Perancang Harta Islam 
as-Salihin Trustee Bhd
0133544946

No comments:

Post a Comment